Friday, March 18, 2011

WAKTU MUSTAJAB DOA

Allah SWT berfirman bermaksud: “Mohonlah (berdoalah) kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan permohonan (doa) kamu itu.” (Surah Ghafir, ayat-60)
Dalam surah al-Baqarah ayat 186 bermaksud: “Aku perkenankan doa orang yang berdoa apabila ia memohon (berdoa) kepada-Ku.”
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi yang bermaksud: “Doa itu adalah ibadat.”
Satu hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tuhan kita turun ke langit dunia ketika malam tinggal sepertiga yang akhir. Maka Tuhan berkata: “Sesiapa berdoa kepada-Ku maka Aku akan perkenankan doanya, sesiapa meminta kepada-Ku maka Aku akan memberinya, sesiapa meminta ampun maka Aku ampuni dia.”
Hadis lain menyatakan: “Pada waktu malam, sesungguhnya ada satu masa jika seseorang Muslim memohon kepada Allah kebajikan dunia dan akhirat, nescaya Allah SWT mengkabulkannya.
Secara ringkas, waktu berdoa mustajab ialah:
# Ketika turun hujan.
# Ketika hendak memulakan solat dan sesudahnya.
# Ketika menghadapi barisan musuh dalam medan peperangan.
# Pada waktu tengah malam.
# Di antara azan dan qamat.
# Ketika iktidal akhir solat.
# Ketika sujud dalam solat.
# Ketika khatam (tamat) membaca al-Quran 30 juzuk.
# Sepanjang malam, terutama sekali sepertiga yang akhir juga waktu sahur.
# Sepanjang hari Jumaat kerana mengharap bertemu dengan saat diperkenankan doa (ijabah) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
# Antara Zuhur dengan Asar dan antara Asar dengan Maghrib.
Selain itu, tempat utama mustajab doa pula adalah :
# Ketika melihat Kaabah
# Ketika melihat Masjid Rasulullah SAW.
# Ketika melakukan tawaf.
# Di Multazam.
# Di telaga Zamzam.
# Di Kaabah.
# Di belakang Makam Ibrahim.
# Di Bukit Safa dan Marwah.
# Di Arafah, Muzdalifah, Mina dan berhampiran Jamrah (tempat melontar).
# Tempat mulia seperti masjid, surau dan lain-lain.

- Begitu juga kita disuruh mendoakan orang yang berbuat baik kepada kita. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang diberikan kepadanya kebajikan, lalu ia mendoakan orang itu dengan menyebut ‘Jazakallahu khairan’ (mudah-mudahan Allah SWT membalasmu dengan kebajikan yang lebih baik), maka seseorang itu sudah memenuhi hak sanjungan. (Hadis riwayat al-Tirmizi)
- Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Dan sesiapa membuat kebajikan (makruf) kepadamu, maka balaslah kebajikan itu. Jika engkau tidak sanggup membalasnya, maka berdoalah untuknya sehingga terasa kamu membalas kebajikan orang itu dengan sesempurnanya. Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment